A) BAHAN BERCETAK
Terdapat 5 faktor utama yang membawa kerosakan bahan bercetak seperti buku,majalah dan surat khabar..
1) Ciri bahan bacaan
Kerosakan buku disebabkan ciri fizikal dan ciri bahan itu sendiri seperti jilidan & kandungan bahan kimia di dalamnya. Setiap bahan mempunyai kitaran hidupnya sendiri kerana bahan-bahan itu bertindak balas dengan alam sekitar sepanjang masa dan menyebabkan bahan-bahan itu menjadi lusuh.
- Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-

2) Alam persekitaran
2.1) Suhu
- Suhu yang tidak sesuai akan menyebabkan fiber kertas, dakwat, bahan melekit dan menjadi lemah, pudar serta hilang sifat aslinya.
- Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Selaraskan suhu yang sesuai antara 15.5-21 C, ia perlu tetap dan berterusan.
- Ruang udara mestilah beredar dan alat pendingin udara sangat perlu bagi penyimpanan bagi pemuliharaan bahan.
2.2) Kelembapan
- Kelembapan yang tinggi akan menyebabkan kertas kembang, bertompok-tompok hitam,berkulat dan akhirnya reput. Ini kerana buku adalah bahan yang mudah diresapi air.
- Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Alat thermo-hygrograph boleh digunakan untuk mengetahui kadar suhu dan kelembapan ruang.
2.3) Cahaya
- Cahaya mengandungi pancaran ultra ungu dan kepanasan yang akan melemahkan kekuatan fiber kertas, dakwat, buku melekit dan sebagainya.
- Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Ruang yang gelap adalah lebih baik untuk tempat penyimpanan buku.
2.4) Pencemaran udara
2.4.1.) Debu
- Debu mengandungi asid, kuman dan kelembapan.
- Apabila melekat pada kertas akan memyebabkan proses kerosakan akan berlaku dalam bentuk tompok-tompok hitam kecil.
2.4.2) Gas
- Gas sulphur dioksida dari ekzos kenderaan dan kilang akan mereputkan buku
- Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Rak buku atau ruang almari perlu dibersihkan dari debu.
- Membersihkan ruang menggunakan vacum cleaner lebih baik daripada penggunaan penyapu yang membuat debu berterbangan
3.) Perlakuan manusia.
3.1) Peyimpanan
- Bahan-bahan seperti klip kertas, pin dan bahan stapler mudah karat akan merosakkan kertas.
- Rak atau almari yang berkarat akan merosakkan buku
- Rak yang rendah dan tajam tepinya akan menyebabkan buku rosak jika di susun condong dan buku akan terkoyak.
- Cara penyusunan buku adalah salah dan tidak sesuai.
- Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Menggunakan rak yang tahan karat.
- Menyusun buku dengan baik dan secara tersusun.
3.2) Pameran
- Semasa pameran, udara di dalam meja atau almari tidak dapat keluar
- Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Suhu dan kelembapan perlu di pantau.
- Penggunaan lampu yang tidak menumpu pada buku.
3.3) Penyalinan
- Tidak cermat semasa membuat penyalinan.
4.) Haiwan / serangga perosak
- Serangga seperti lipas, anai-anai, dan tikus akan menyebabkan kerosakan buku secara fizikal.
- Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
5.) Bencana alam
- Banjir dan kebakaran juga merosakkan buku.
- Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
B) BAHAN TIDAK BECETAK.
Faktor kerosakan :-
- Proses yang tidak betul menyebabkan imej tidak dapat diperolehi dengan baik.
- Suhu yang tidak stabil
- Penggunaan yang tidak cermat.
- Kerosakan oleh api atau air.
- Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Bilik perlu mempunyai penghawa dingin
- Suhu antara 15-20 C.
- Menggunakan kabinet yang fireproof dan dushproof serta cat yang tidak melekit.
- Simpan master copy dengan baik.
- Elakkan menyentuh imej pada mikrofilem
Buku merupakan aset penting dalam kehidupan seorang manusia,lebih-lebih lagi kepada seorang pelajar.Penjagaan buku yang baik akan membuatkan seseorang itu berasa seronok untuk menyimpan buku tersebut setersunya membaca buku.
No comments:
Post a Comment