Monday, 12 November 2012

Ada Apa dengan Buku Teks?


Pengaruh Buku bagi Pembacanya

Pada era global ini kehidupan manusia tidak mampu melepaskan diri dari buku. Bahkan, kerana pengaruh yang kuat bagi kehidupan manusia, ada sekelompok ”buku” yang disebut sebagai ”the great book”, iaitu Quran, Injil, Taurat, Zabur, Weda, dan Tripitaka. Selain itu, dikenal pula ”buku-buku pengubah dunia”, iaitu Trias Politika, Das Kapital, De Principle, dan Uncle Toms Cabin.

Secara terperinci D. Waples dkk. (1990) membahagi pengaruh buku bagi pembacanya menjadi lima kategori, iaitu :
 (1) pengaruh instrumental
 (2) pengaruh prestise
 (3) pengaruh pemantapan
 (4) pengaruh estetis dan apresiatif
 (5) pengaruh pelepasan


Buku dikatakan mempunyai pengaruh instrumental apabila membaca buku itu, pembaca memperoleh informasi atau petunjuk yang dapat membantu pemecahan masalah yang ditemui dalam kehidupannya. Buku dikatakan mempunyai pengaruh prestise apabila setelah membaca buku, pembaca mampu memantapkan pola pikir, tingkah laku dan sikapnya yang pada akhirnya dapat terangkat prestise dan martabatnya. Buku dikatakan mempunyai pengaruh pemantapan (reinforcement) apabila setelah membaca buku, manusia lebih mantap dalam mengambil langkah-langkah dalam kehidupannya. Buku dikatakan dapat berpengaruh estetis dan apresiatif apabila dengan membaca buku tersebut pembaca dapat terbina daya seni (estetika) dan apresiasinya Terakhir, buku dikatakan mempunyai pengaruh pelepasan (respite) apabila dengan membaca buku, yang bersangkuan mampu melepaskan diri dari keresahan dan kegelisahan.

Pengaruh buku tersebut akan lebih terasa pada diri kanak-kanak. Para ahli pendidikan berpendapat  bahawa dengan membaca buku, kanak-kanak akan berpengaruh dari segi perkembangan minat, sikap social dan emosi. Konsekuensinya, apabila buku yang dibaca berisi hal-hal yang negatif, maka perkembangan jiwa kanak-kanak juga mengarah ke negatif. Sebaliknya, apabila yang dibaca berisi hal-hal yang positif, maka perkembangan jiwa kanak-kanak pun positif. Karena yang diharapkan oleh semua pihak (:orang tua, pemerintah, pendidik) agar kanak-kanak berkembang secara positif, persediaan buku bagi kanak-kanak (buku bacaan, buku teks, dan sebagainya) haruslah buku yang memenuhi syarat positif.

Permasalahan yang segera muncul adalah buku bagaimkanak-kanakah yang memenuhi syarat positif bagi kanak-kanak? Buku dikatakan mempunyai syarat positif apabila mengandung hal-hal berikut, iaitu:

(a) mampu memperluas wawasan kanak-kanak;
(b) mampu menambah pengetahuan baru;
(c) mampu membimbing berfikiran konstruktif;
(d) mampu mengarahkan kreativiti;
(e) mampu menumbuhkan sikap moral, sosial, dan agama yang baik; dan
(f) mampu menuntut ke arah kehidupan


Buku dikategorikan “mampu memperluaskan wawasan kanak-kanak”. Misalnya, informasi tentang cara meminum ubat, cara mandi yang betul, makanan sihat, teman yang baik, dan sebagainya.

Buku dikategorikan “mampu menambah pengetahuan baru” apabila buku tersebut berisi penjelasan tentang pengetahuan dan kelimuan sederhana yang belum diketahui kanak-kanak. Misalnya, proses terjadinya gunung meletus, proses terjadinya hujan, dan sebagainya. 

Buku dikategorikan “mampu membimbing berfikiran konstruktif” apabila buku tersebut berisi huraian atau deskripsi yang dapat merangsang kanak-kanak untuk berfikir secara rasional. Misalnya, cerita tentang kerugian malas belajar, keuntungan kanak-kanak yang berbaik hati, dan sebagainya. 

Buku dikategorikan “mampu mengarahkan kreativiti” apabila buku tersebut berisi petunjuk yang dapat diterapkan oleh kanak-kanak dalam kehidupannya. Misalnya, cara membuat burung dari kertas, cara membuat lampu minyak, cara menjernihkan air, dan sebagainya.

Buku dikategorikan “mampu menumbuhkan sikap moral, sosial, dan agama yang baik” apabila buku tersebut berisi cerita faktual atau fiksi yang melibatkan tokoh-tokoh idola yang dapat dijadikan inspirasi dalam kehidupan kanak-kanak. Misalnya, cerita pahlawan, tokoh agama, dermawan cilik, dan sebagainya. 

Terakhir, buku dikategorikan “mampu menuntut ke arah kehidupan yang mandiri” apabila buku tersebut berisi cerita tentang solusi atas masalah kehidupan. Misalnya, keberhasilan kanak-kanak desa yang sebatang kara . 

Syarat-syarat itulah yang secara ideal terdapat pada buku yang layak sebagai bacaan kanak-kanak.

Buku Elektronik


e-buku atau buku elektronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku yang mengandungi pelbagaimaklumat. E-buku ini terdapat dalam bentuk berbayar dan juga dalam bentuk percuma. Kebanyakan e-buku ini didatangi dalam bentuk fail .pdf atau seumpamanya untuk kemudahan setiap individu untuk membacanya di komputer atau peranti khas.


E-buku boleh dikategorikan seperti buku teks. Ia merangkumi bidang pendidikan,teknologi, agama, politik, alam sekitar, kehidupan, masakan dan sebagainya. Penggunaan e-buku akan menjadi salah satu media pembelajaran pada masa kini dan masa akan datang kelak. Terdapat banyak organisasi atau individu yang menulis atau mengalihkan sumber cetakan mereka kepada e-buku untuk memudahkan pembaca dan pemasaran secara terus di internet.

Kelebihan

E-buku mempunyai banyak kelebihan yang memberikan kemudahan kepada pembaca-pembaca untuk membawa ke merata tempat e-buku ini tanpa beban yang berat. Disebabkan ia adalah data elektronik, saiz dan berat e-buku ini adalah jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan buku-buku cetakan yang berada di pasaran. Sekiranya satu e-buku mempunyai saiz 7 MB, kira-kira 100 e-buku boleh disimpan dalam satu CD.
Teks dalam e-buku juga boleh dicari dengan mudah, atau dirujuk silang menggunakanhyperlink. Ini menjadikan e-book format yang menarik untuk kamus, buku rujukan dan sesetengah buku teks.

Kelemahan

E-Buku memerlukan perkakasan tambahan bagi dibaca, terutamanya peranti elektronik untuk memaparkannya (dan bekalan elektrik). Peranti sedemikian mungkin mahal. Tambahan lagi kebanyakan e-Buku memerlukan aturcara khas bagi memaparkannya, yang mungkin tidak tersedia secara mudah atau serasi dengan peranti komputer kini. Disebabkan e-Buku bergantung kepada perkakasan lain untuk dibaca, ia mampu terjejas disebabkan kegagalan perkakasan perkakasan atau perisian, seperti kegagalan cakera keras atau serangan virus.

Oleh kerana e-buku memerlukan elektrik, kegunaannya bererti peningkatan penggunaan elektrik bagi membekalkan kuasa kepada komputer, skrin dan cakera keras. Selain itu, bateri yang digunakan bererti lebih banyak bahan beracun berakhir ke dalam sistem pelupusan sampah. E-buku juga yang terdapat dalam pelbagai format yang mungkin tidak lagi dapat dibaca di masa akan datang apabila berlaku pertukaran format. Sebagai contoh, berapa banyak perisian masa kini yang masih mampu membaca dokumen yang ditulis dengan menggunakan perisian WordStar.

Teknik pengurusan hak digital boleh digunakan bagi menghadkan apa yang boleh dibuat oleh pengguna dengan e-Buku. Sebagai contoh, adalah tidak mungkin mengalih hak e-buku kepada orang lain, sungguhpun transaksi sedemikian biasa dengan buku fizikal. Sesetengahnya pula menghubungi pelayan asal bagi menjejak pembaca dan tabiat membaca, atau menghadkan pecetakan.

Peranti e-buku masih menawarkan pengalaman membaca yang kurang berbanding buku fizikal. Resolusi skrin dan perbezaan masih rendah berbanding kertas, dan ia tidak mungkin melihat peranti sedemikian dalam cahaya terik matahari. Kebanyakan pembaca gemarkan kertas berbanding skrin komputer.


Dari sudut pandangan penerbit, e-buku boleh dalam sesetengah kes dihack, atau dileraikan tanpa kebenaran penerbit atau pengarang. Mudahnya dokumen elektronik disalin bererti dokumen yang tidak dilindungi boleh digunakan bagi disalin sejumlah tanpa had salinan sempurna.

Teknik Belajar


1)PANDUAN MENCATAT NOTA
·         Nota adalah merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.
·         Mencatat nota adalh satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.
·         Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu. 

Mengapa perlu Membuat nota ?
·         Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca.
·         Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca.
·         Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa.
·         Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan.
·         Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari.
·         Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.   


 
Nota daripada buku teks
 
Pelajar yang menganggap mencatat nota daripada buku teks hanya membuang masa , haruslah berfikir semula. Mencatat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya. Misalnya:
·          Membantu pelajar memhami pelajaran
·          Berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan
·          Dapat melatih berfikir dapat memningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.

Teknik Mencatat Nota

 
Berikut ada beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota:
·         Buat persediaan yang lengkap-misalnya pen,pensil,kertas dan buku.
·         Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat.
·         Kenalpasti kata kunci. Gunakan formula [4 w + h]
What [Apa]
Why [kenapa]
When [bila]
Where [di mana]
How [bagaimana]
·         Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan.
·         Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai.



Ciri-Ciri Nota Yang Baik

 
·         Terdiri daripada isi-isi penting [utama].
·         Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca.
·         Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran.
·         Catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri.
·         Gunakan dalam bentuk point, elakan menyalin ayat yang panjang.
·         Kalau perlu gunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham.
·         Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca.
·         Contoh-Contoh Nota
Peta Minda
Carta
Grafik 


2)TEKNIK BELAJAR BERKESAN

 
Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.

Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.


Teknik Belajar 5R-STUV
 
·         Recopy [salin semula]
·         Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
·         Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
·         Recheck [semak semula]
·         Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]
·         S-sumarize [ringkaskan nota penting]
·         T-test yourself [uji diri anda]
·         U-use [gunakan]
·         V-visualize [bayangkan selalu]

 
Teknik Belajar Secara Pembayangan

 
·         Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
·         Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
·         Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
·         Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
·         Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.


Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.

Teknik Belajar PV3RQUS
·         Preview (tinjauan awal)
·         Question (soal diri)
·         Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
·         Recite & write (lafaz dan tulis nota)
·         Review (tinjauan akhir)
·         Sumarize (ringkaskan)
·         Test yourself (uji diri anda)
·         Use (gunakan)
·         Visualize (bayangkan)

7 Cara Cemerlangkan Otak
·         Positive mental attitude & positive physical action.
·         Air-clean air for the brain.
·         Mental Challenges for the brain.
·         Food for the brain.
·         Exercise for the brain.
·         Sleep for the brain.
·         Meditation & power brain.

Amalan peningkatan daya ingatan
·         Faham.
·         Jarakkan/pecahkan masa belajar.
·         Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
·         Percaya pada diri sendiri.
·         Ulang berkali-kali.
·         Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
·         Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.

Menjaga Buku Teks


Sesi cuti persekolahan tahun ini sudah pun bermula . Jadi mulai minggu ini, pasti proses pembelajaran sudah pun tamat di sekolah masing-masing.

Antara bahan pembelajaran yang paling penting di sekolah ialah buku teks. Buku teks dianggap sebagai sumber rasmi pembelajaran kerana berdasarkan kandungannya proses pembelajaran dalam kelas dijalankan.

Buku teks mengandungi pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan baru yang perlu diketahui oleh pelajar. Seandainya buku itu tidak ada atau  rosak, pasti pelajar akan menghadapi masalah apabila proses pengajaran dan pembelajaran bermula.

Pelajar yang layak menerima buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sebahagiannya sudah menerima buku tersebut  sebelum cuti persekolahan akhir tahun lalu,

Pada tahun ini, seramai 2.52 juta orang pelajar sekolah rendah menerima buku
teks di bawah SPBT.

SPBT diberikan kepada pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan RM1 500 ke bawah dan pelajar sekolah jenis kebangsaan yang ibu bapanya berpendapatan RM1 000 ke bawah.

Bagi mereka yang berkemampuan, buku teks perlu dibeli sendiri.
Bagaimanapun, sama ada membeli sendiri atau diperoleh menerusi SPBT, pelajar sewajarnya menjaga keselamatan buku teks supaya tidak rosak dan tahan lebih lama.

Penjagaan buku teks supaya sentiasa dalam keadaan baik perlu. Ini kerana buku teks yang sama akan terus digunakan dari tahun demi tahun sehinggalah kandungannya disemak semula.

Sehubungan itu, pelajar sepatutnya mengamalkan sikap cintakan harta benda, termasuk buku teks, sama ada buku itu diperoleh dengan cara membeli sendiri atau pinjaman.

Antara cara yang boleh dilakukan ialah membalut buku itu supaya kulit dan kandungannya tidak rosak. Jika dahulu, kebanyakan pelajar membalut buku teks menggunakan bahan yang murah atau kertas terpakai seperti kertas minyak, akhbar, majalah lama, pembalut hadiah dan sebagainya.

Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan plastik lutsinar untuk dijadikan pembalut. Tambahan pula, kini terdapat pembalut buku plastik yang telah siap berpelekat. Ini memudahkan kerja-kerja membalut buku.

Kepada pelajar yang menerima buku teks di bawah SPBT, mereka seharusnya berterima kasih mendapat bantuan itu. Sebagai tanda terima kasih, buku teks itu perlu dijaga supaya ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan dapat digunakan oleh pelajar lain pada tahun berikutnya.

Begitu juga dengan pelajar yang membeli sendiri buku teks. Langkah yang sama perlu dilakukan sebagai tanda berterima kasih kepada ibu bapa yang telah mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli buku itu.

Jika pelajar menjaga buku teks itu dengan baik, pasti ibu bapa tidak perlu membeli buku yang sama untuk kegunaan anak pada tahun berikutnya, melainkan kandungan sesuatu buku itu sudah disemak semula.

Cara Untuk Menyimpan Koleksi Buku Yang Jimat Tempat


Menyimpan Koleksi Buku Yang Jimat Tempat 

Jangan punahkan impian anda untuk menyimpan koleksi buku yang pelbagai, walaupun keadaan rumah anda sempit dan terhad ruangnya. Asalkan anda bijak menyusun dan membahagikan ruang, buku-buku ini tidak akan membuat rumah anda kelihatan sempit dan penuh. 

Menyimpan koleksi buku yang pelbagai merupakan satu hobi yang sangat positif. Amat sayang sekali sekiranya jika hobi ini tidak diteruskan hanya kerana alasan tiada tempat untuk menyimpannya. Memang semakin lama, koleksi buku-buku anda akan terus bertambah. Dan buku-buku itu mahu tidak mahu harus disimpan secara khusus supaya tidak rosak dan tidak boleh diguna kembali.

Bagi keadaan rumah yang kecil, ruang untuk menyimpan buku secara khusus  sangat susah didapati. Membuat ruang khas seperti perpustakaan, rasanya sudah tidak rasional. Bahkan, untuk menambah satu peti buku sahaja rasanya juga tidak ada tempat khas yang sesuai.


Cara lain? Cuba cari sudut-sudut yang tidak terpakai di rumah anda. Kawasan ini boleh diguna pakai sebagai tempat simpanan buku. Cara lain, anda boleh rujuk dibawah, agar koleksi buku anda tetap disimpan rapi tanpa menjadikan rumah anda kelihatan sempit dan tidak teratur.



Jadi hiasan 


Ramai orang berusaha menyembunyikan rak buku, bahkan ada yang sanggup menyimpannya di stor. Padahal, bila dibuat rak yang cantik, buku-buku ini boleh menjadi penghias rumah yang unik, menggantikan lukisan dan hiasan dinding lain.

Sekat antara ruang

Rak buku juga boleh menjadi seperti sekat antara ruang. Pada rumah-rumah bersaiz kecil, biasanya antara ruang tamu dengan ruang keluarga dipisahkan oleh sekat atau dinding penghalang. Justeru itu, gunakan saja rak buku sebagai sekatnya.

Memanfaatkan ruang

Anda dinasihatkan supaya bijak mencari ruang dalam rumah seperti  ruang bawah tangga, garaj yang tidak digunakan, dinding bahagian atas, salah satu sudut ruang tamu dan banyak lagi, bagi tujuan untuk meletakkan rak buku tersebut.

Membuat mezanin

Mezanin adalah salah satu cara anda mendapatkan ruang tambahan tanpa perlu melakukan perubahan struktur. Mezanin ini boleh dibuat dengan menggunakan ruangan bawah bumbung (attic). Ruang tambahan ini boleh anda gunakan untuk meletakkan rak buku secara berjajar. Kalau cukup luas, mezanin ini boleh menjadi ruang kerja atau ruang baca.

Rak gantung

Apa yang dimaksudkan dengan rak gantung adalah rak yang melekat pada dinding. Rak buku seperti ini kelihatan lebih ringan, dan tidak membuatkan ruang rumah anda kelihatan penuh. Bahagian bawahnya boleh digunakan dan dimanfaatkn untuk meletakkan perabot lain, misalnya sofa atau meja. Rak buku gantung ini juga boleh dicipta sendiri berdasarkan kreativiti pembaca.